Rentasan masuk sebatian yang tidak diperlukan Susu_ibu

Jika diabaikan dahulu, risiko pemindahan sebatian atau unsur berbahaya seperti jangkitan penyakit akibat kuman atau bakteria dari ibu kepada anak melalui aktiviti penyusuan menggunakan susu ibu, telah terbukti secara azali malah kaedah klinikal dan saintifik, susu ibu mempunyai berganda-ganda kebaikan berbanding susu formula untuk bayi. Dengan hanya beberapa seba tertentu yang mungkin tidak dibenarkan penyusuan susu ibu kepada anak, namun WHO secara ekslusifnya amat menyarankan anak-anak kecil (bayi) untuk menyusu dengan susu ibu bermula awal kelahiran hingga umurnya menjangkau usia 6 bulan.[21]

Namun mungkin terdapat beberapa perkara kecil yang terjadi lebih-lebih pada alaf moden ini yang memperlihatkan situasi rentasan masuk sebatian yang tidak diperlukan misalnya; Susu yang dihasilkan oleh sel-sel kelenjar mammari mungkin mudah dimasuki dadah ketika minggu post-partum pertama.[22]

Karekteristik dadah dari ubat-ubatan yang diambil oleh ibu pasca mengandung atas sebab-sebab klinikal oleh doktor dapat meningkatkan pengeluaran susu termasuklah:[22]

  1. Tidak bergabung dengan protein plasma
  2. Tidak ber-ion
  3. Berat molekul rendah
  4. Lipid terlarut berbanding keterlarutan air
  5. Lemah alkalinya berbanding asid lemah

Dadah yang diambil akan masuk kedalam plasma darah melalui sel-sel duktul kepada susu melalui kaedah resapan atau pengangkutan aktif. Kesannya mungkin kosentrasi/ kepekatan dadah dalam susu adalah tinggi berbanding plasma darah si ibu.[22]

Jumlah dadah dalam susu ibu biasanya tidak melebihi 2% dari dos yang terserap.[22]

Bahan pencemar alam sekitar

Bahan pencemar alam sekitar yang pernah ditemukan dalam susu ibu biasanya tidak membahayakan, dan ia akan berlaku hanya apabila aras bahan pencemaran dalam persekitaran itu ternyata tinggi dan luar biasa tinggi kepekatannya. Tambahan, jika bahan pencemar itu berkurangan dalam keadaan persekitaran, biasanya aras bahan pencemar dalam susu ibu juga akan turut berkurangan. Bahan pencemar yang dikesan biasanya pestiside yang hadir akibat memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi racun serangga pada kadar yang tinggi. raksa organik, dan plumbum. DDT dan dieldrin biasanya tidak dapat dielakkan, malahan boleh ditemukan dalam susu formula bayi.[23] Pestiside dan lain-lain sebatian bertoksid bioakumulasi, i.e. haiwan yang biasanya ditemukan dalam rantai makanan akan menyimpan bahan bertoksid itu dalam lemak badannya. Isu ini sering dikaitkan dengan Inuit, kerana diet tradisionalnya rata-rata berasaskan daging. Kajian yang dijalankan untuk melihat kesan polychlorinated biphenyls dan bahan pencemar organik perintang dalam badan; menemukan sebatian toksid dalam susunya adalah luar biasa akan tingginya.[24]

Rujukan

WikiPedia: Susu_ibu http://pediatrics.about.com/library/breastfeeding/... http://www.askdrsears.com/html/2/T021600.asp http://www.askdrsears.com/html/2/T022800.asp http://www.breastmilkfeeding.com/ http://www.drpaul.com/breastfeeding/colostrum.html http://parenting.ivillage.com/newborn/nbreastfeed/... http://www.kidsgrowth.com/resources/articledetail.... http://www.mayoclinic.com/health/breast-feeding/FL... http://www.medelabreastfeedingus.com/products/brea... http://emedicine.medscape.com/article/1835675-over...